Saturday, May 22, 2010
BERSUSAH SUSAH DAHULU BERSENANG SENANG KEMUDIAN
ALHAMDULILAH...
Pelbagai cabaran dlm menjayakan naskah sya ni (jalang belakang bukit bintang)
pertukaran pelakon, krew dan lokasi latihan mmg mencabar jiwa.
sehinggalah sya terpaksa memberi tanggungjawab sbg pengarah ini kepa Wan. sya yg bekerja full time sbg pegawai latihan di sebuah syarikat swasta terpaksa memikirkan segala penjuru dan sya juga harus realistik. tahniah wan... berjaya juga produksi ini.
* sya pun dah tamat kontrak sbg pegawai latihan dan kini bergerak aktif sbg anak seni.
Wednesday, May 12, 2010
sentuhan dr permikiran
teater "JALAN.G Belakang Bukit Bintang" akan menemui anda... kpd sesiapa yg ingin menonton teater REALISME yg memaparkan suka duka kehidupan d BUKIT BINTANG dan kisah hidup insan2 yg tabah.. mari saksikannya pd 9-13hb jun 2010 pd 8.30mlm d STOR DBP.sumbangan : rm15 shj.. utk student rm12 je. beli byk ada pakej. x rugi ...anda dtg tgk kerana ramai pelakon hebat ada disini. call 0173533504 (hamzie)
PENGENALAN
Pendedahan seni teater kepada golongan masyarakat merupakan salah satu medium untuk menyampaikan mesej dan pengajaran kemanusiaan, nilai-nilai murni, hubungan kemasyarakatan, hubungan institusi kekeluargaan dan sebagainya. Sedikit sebanyak pementasan teater dapat menyuntik minat dan kecenderungan penduduk setempat dan masyarakat terhadap seni teater dan bakal melahirkan lebih ramai lagi aktivis teater tanah air.
Pementasan teater ‘Jalan-G Belakang Bukit Bintang’ merupakan sebuah naskhah baru yang mendapat sentuhan saudara Rosdi Bin Abdullah. Naskah ini berkisarkan tentang kehidupan masyarakat yang menetap di ibu kota Kuala Lumpur dan diselubungi seribu satu permasalahan yang berkaitan dengan kehidupan sosial seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, seks bebas, masalah gejala ponteng sekolah dan kehidupan songsang segelintir masyarakat masa kini.
Naskah ini dilihat salah satu pendekatan yang begitu sesuai untuk mendatangkan kesedaran terhadap masyarakat masa kini. Ini berikutan banyak babak-babak yang menyelitkan tentang kehidupan manusia era modenisasi ini yang hidup berlandaskan gaya hidup yang tidak mementingkan aspek-aspek keharmonian, kemasyarakatan dan yang paling utama, mereka tidak memenuhi tuntutan yang dituntut oleh agama Islam khususnya. Tambahan lagi, nilai kekeluargaan yang terdapat di dalam naskah ini tidak begitu diterapkan malahan ianya dilihat sebagai salah satu skop yang tidak begitu dititikberatkan. Oleh yang demikian, dengan pementasan teater Jalan-G Belakang Bukit Bintang diharap dapat mendatangkan kesedaran terhadap semua golongan masyarakat secara meluas.
Kerjasama yang baik dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan tenaga-tenaga krew produksi diharap dapat memberi impak yang besar kepada pementasan teater ‘Jalan-G Belakang Bukit Bintang’ dan mampu untuk mendatangkan kesedaran terhadap golongan masyarakat yang datang menonton persembahan ini.
Pengenalan
Jalan-G Belakang Bukit Bintang merupakan sebuah skrip dan idea asal dari Rosdi bin Abdullah yang merupakan graduan daripada Akademi Seni Budaya Warisan dan Kebangsaan (ASWARA) dan juga daripada Universiti Malaya (UM). Beliau telah menghasilkan sebuah naskah yang sarat dengan mesej tertentu di mana naskah ini mendedahkan persoalan dari segi kehidupan sosial yang negatif dalam masyarakat yang hidup di ibu kota khususnya di Bukit Bintang.
Jalan-G Belakang Bukit Bintang memaparkan kehidupan sosial yang negatif dalam kalangan masyarakat di sekitar Bukit Bintang. Tema sebegini diangkat oleh kerana ianya menjadi salah satu isu yang berleluasa sehingga kini. Isu dan persoalan sebegini telah wujud sekian lama dan hal ini mendorong Rosdi Abdullah untuk mementaskan teater ‘Jalan-G Belakang Bukit Bintang’ setelah naskah ini dihasilkan oleh beliau sendiri. Hal ini juga berkaitan dengan kesedaran yang perlu dititikberatkan oleh kerajaan mahupun persatuan-persatuan khidmat masyarakat.
Gejala sosial yang melanda sesetengah remaja masa kini semakin berleluasa. Kebanyakkan kes gejala sosial seperti terlibat dalam penagihan dadah, pengedaran cd cetak rompak dan yang terbaru berkaitan dengan kes pembuangan bayi antara permasalahan yang harus dititikberatkan oleh semua pihak. Sebagai contoh, isu yang pertama adalah mengenai isu pembuangan bayi kesan daripada seks bebas yang dialami oleh sesetengah remaja perlu ditangani dengan segera. Dalam naskah ini juga mempersoalkan mengapa seorang perempuan melarikan diri daripada keluarga disebabkan mengikut kekasihnya. Penekanan harus diberi dalam menangani gejala sosial negatif yang melanda sesetengah remaja masa kini supaya remaja sedar akan keburukan yang timbul hasil daripada gejala seks bebas dalam kalangan remaja.
Agak klise jika dikatakan bahawa masyarakat seperti penagih dadah, transeksual atau golongan mak nyah, pelajar yang ponteng sekolah dan sebagainya mendapat apa yang dikehendaki oleh mereka. Hal sedemikian terjadi oleh kerana mereka adalah golongan yang sukar untuk mendapat perhatian daripada golongan masyarakat. Sebagai contoh, penagih dadah perlu diberi perhatian sama seperti orang lain. Kita sebagai umat manusia tidak boleh menghukum seseorang itu sewenang-wenangnya atas kesalahan masa lampaunya. Apa yang menjadi persoalan di sini ialah apakah dan bagaimana tanggapan masyarakat terhadap golongan penagih dadah yang merempat di pinggir serta lorong-lorong jalanan? Selain itu, isu pelajar-pelajar yang ponteng sekolah perlu ditangani segera agar gejala seperti ini tidak lagi berleluasa. Bilangan pelajar yang bertindak begini dikatakan meningkat sejak akhir-akhir ini dan hal ini boleh menyebabkan banyak lagi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan mereka.
Maka, dengan persoalan sebeginilah menjadi garis panduan bagi Rosdi Abdullah yang bertindak sebagai penulis skrip dan juga pengarah bagi teater aliran realism “Jalan-G Belakang Bukit Bintang” untuk memperjelaskan lagi mengapa timbulnya persoalan sedemikian dan diisi dengan mesej-mesej kesan daripada setiap inci permasalahan sosial di negara kita masa kini.
OBJEKTIF
I.Memberi peluang kepada penonton mendalami kisah hidup manusia yang tidak menerapkan unsur-unsur keagamaan dalam kehidupan.
II.Memberi kesedaran secara meluas kepada masyarakat tentang keaiban najis dadah.
III.Membolehkan penonton menyelami kisah pahit getir masyarakat yang terpaksa hidup di dalam keadaan yang serba-serbi kekurangan.
IV.Memaparkan gaya hidup manusia duniawi yang asyik dengan keseronokan dunia sehingga terjebak dalam pelbagai kancah permasalahan sosial.
V.Menonjolkan kepentingan menjaga ikatan kekeluargaan agar hubungan yang terjalin tidak terputus begitu sahaja.
VI.Memberi penekanan yang khusus terhadap kepentingan muafakat antara kaum yang terdapat dalam negara kita.
VII.Mendatangkan kesedaran kepada para remaja agar tidak sesekali terlibat dalam kancah permasalahan kehidupan sosial.
VIII.Menekankan kepada para penonton agar tidak sesekali menyentuh najis dadah.
IX.Memberi penegasan kepada penonton agar tidak sesekali menyisihkan golongan manusia yang terlibat dengan gejala-gejala sosia.
PENGANJURAN
Anjuran :ER Arts Production
Tarikh :9, 10, 11, 12 & 13 Jun 2010
Hari :Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad
Tempat :Stor teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),KL
Masa :8.30 malam (Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad)
Pas masuk :Sumbangan RM15 (dewasa), RM12 (pelajar)
TENAGA PRODUKSI TEATER
Penerbit : ER Arts Production
Pengarah : En. Rosdi bin Abdullah
Pengarah Projek : En. Rosdi bin Abdullah
Pengurus Produksi : Norsuhana bt Mohamad Wahid
Pengurus Pentas : Muhammad Hanis bin Samarudin
Promosi & Publisiti :hamzie
Dokumentasi & Pameran : suhanna
Set & Props : anis
Kostum & Tatarias : hamzie
Sinopsis
Jalan-G Belakang Bukit Bintang berkisarkan tentang kehidupan sosial yang wujud di sekitar Bukit Bintang. Kisah bermula apabila seorang pemuda kampung iaitu Alif yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan selain mencari kakaknya yang hilang. Kakak Alif yang hilang disebabkan lari dari keluarga untuk bersama kekasihnya. Alif yang terpedaya dengan rakannya yang menjanjikan pekerjaan yang bagus tertidur di hadapan kedai Kak Zara dengan harapan akan mendapatkan pekerjaan yang halal. Kak Zara pula merupakan seorang peniaga yang berniaga di belakang lorong jalan Bukit Bintang. Eksposisi berlaku apabila Kak N, kawan kepada Kak Zara ternampak Alif tidur di hadapan kedai Kak Zara lantas menyuruh Alif untuk mendapatkan kerja dari Kak Zara. Kemudian, alif diberikan kerja oleh Kak Zara setelah Alif menyatakan tujuan dan mengapa dia ada di situ.
Setelah itu, muncul pula Danial iaitu anak kepada Tuan Wong datang kepada Kak Zara untuk mengambil semula tapak kedai yang dimiliki oleh Kak Zara. Pada mulanya, Kak Zara merayu untuk tidak menghalaunya oleh kerana dia banyak menolong Tuan Wong ketika kesusahan dalam berniaga hinggakan dia sendiri dapat membuka perniagaan sendiri hasil daripada kejayaan perniagaan Tuan Wong yang dibantu oleh dia sendiri. Eksposisi berlanjutan apabila Tina dan Kash iaitu sepasang kekasih keluar dari kelab disko yang lalu di hadapan kedai Kak Zara dan dalam masa yang sama, sekumpulan mak nyah bertengkar di sekitar kawasan itu dan hal ini dileraikan oleh Alif. Setelah itu, Lolita, salah seorang mak nyah mengucapkan terima kasih atas tindakan Alif daripada membiarkannya terus bergaduh dengan mak nyah yang lain. Dalam masa yang sama, Alif yang bekerja dengan Kak Zura menceritakan kisah hidupnya kepada Kak Zara dan begitu juga dengan Kak Zara. Abang Z iaitu seorang penagih dadah datang ke kedai Kak Zara untuk meminjam duit. Lantas, Kak Zara marah dan menasihati Abang Z namun Abang Z tidak menghiraukan nasihatnya itu. Namun, Alif yang baru bekerja dengan Kak Zara memberikan wang sebanyak RM 10 kepada Abang Z antas alasan Abang Z ingin membeli baju baru.
Konflik mula tercetus apabila Lokman iaitu kekasih Kak N datang menyatakan tujuannya untuk menyuruh Kak N menggugurkan kandungannya itu namun Kak N berkeras untuk tetap melahirkan anaknya dengan harapan Lokman akan bertanggungjawab. Akan tetapi, Lokman tidak menghiraukannya. Lantas, Lokman meninggalkan tempat itu dan memberi isyarat mati terhadap Kak N. Selepas itu, Alif dan Kak Zara berbual sehinggakan Kak Zara mendapat tahu bahawa Alif adalah adiknya sendiri. Hal ini sedemikian kerana Alif menceritakan bahawa dia ingin mencari kakaknya yang lari mengikut kekasih.
Di samping itu, Lolita datang ke kedai Kak Zara dan mengadu bahawa dia telah kehilangan semua barang-barangnya disebabkan kekasihnya. Lolita yang masih bersedih meminta pertolongan kepada Kak Zara yang berupa wang untuk mengubah dirinya menjadi lelaki sejati dan berjanji akan membayar balik wang yang dipinjam oleh Kak Zara. Kemudian, keesokan harinya Alif mendapati ada orang yang menceroboh kedai makan Kak Zura dan rupa-rupanya Abang Z. Dia datang kepada Alif dengan hasrat untuk meminjam wang lagi biarpun Alif menyedari akan penipuan untuk membeli dadah.
DISINI SAYA TIDAK MELETAKKAN KESUDAHAN CERITA. APA YG BERLAKU PADA LOLITA, ALIF,K.ZARA, KAK.N, ABG.Z, DAN RAMAI LAGI....
nantikan dan anda perlu tonton Jalan.G Belakang Bukit Bintang 9-13jun ini.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, apa yang ingin ditekankan dan disampaikan oleh naskah ini perlu diambil perhatian oleh kita semua. Realitinya, segala isu yang diketengahkan oleh naskah ini sememangnya berlaku di dalam negara kita. Masalah penyalahgunaan dadah seumpamanya, ianya ibarat satu gejala sosial yang semakin berleluasa. Selain itu, satu lagi isu yang mendapat reaksi ramai pihak iaitu isu pembuangan bayi yang semakin hari semakin menjadi trend penduduk negara ini. Kedua-kedua gejala negatif ini mengundang banyak permasalahan kepada negara, agama dan bangsa.
Seterusnya, remaja pada hari ini dianggap sebagai aset negara yang paling berharga namun apa yang dapat dilihat berlaku pada hari ini, ramai dalam kalangan para remaja ini lebih cenderung kearah permasalahan sosial seperti ponteng sekolah, merokok, terlibat dengan proses pengedaran dadah, merempit dan banyak lagi. Ibu bapa khususnya perlu sentiasa mengawasi anak-anak mereka agar hal-hal sebegini dapat dibanteras dan ditangani segera. Ini berikutan mereka merupakan golongan sasar dan pemangkin serta perintis kepada tonggak kepimpinan negara suatu hari nanti.
Dari segi persembahan pula, apa yang bakal dipertontonkan akan meninggalkan impak yang besar di dalam usahasama mencegah segala permasalahan ini daripada terus berleluasa. Secara tidak langsung, dengan mutu prestasi seni persembahan yang baik, para penonton akan dapat memahami konsep sebenar serta matlamat yang ingin diutarakan oleh naskah Jalan-G Belakang Bukit Bintang ini. Ini dilihat sebagai landasan yang baik dan berkesan dalam memberi penonton tanggapan sebenar kehidupan realiti masyarakat negara ini. Apa yang cuba ditekankan ialah bagaimana kita sebagai masyarakat zaman ini boleh mengawal kemahuan diri kita daripada terjebak dengan masalah seumpama ini.
Oleh yang demikian, pementasan naskah ‘Jalan-G Belakang Bukit Bintang’ sememangnya merangkumi pelbagai mesej kehidupan yang membelenggui kita semua. Diharap agar pementasan ini akan berjaya memupuk diri setiap insan agar sentiasa berusaha di dalam memajukan diri sendiri.
*terima kasih kepada pelajar praktikal yg membantu dlm pembentangan diatas.

Sunday, May 9, 2010
pemilihan dan pengharapan.... aku agar ianya berjaya.
selesai casting, pemilihan skrip, akhirnya skrip reading. saya dah putuskan inilah pelakon untuk Produksi "JALAN.G Belakang Bukit Bintang" TERIMA KASIH SEMUA...
ALIF.. SOFIAN BUJANG PILIH KASIH
KAK.ZARA………AMERA GRADUAN UITM & UM.
KAK.N………FAZLINA.
LOLITA……RADUAN
LOKMAN………RIDZWAN JUSOH GRADUAN UM
DANIAL………AMAN SHARONI PILIH KASIH
ABANG.Z…………ISWAZER GRADUAN UM
TOKEH TAN WONG………NIZAM YAMIN GRADUAN ASWARA.
LIZA………SUHANA UITM.
FYDA……… ANIS UITM.
NORMAN……… REZA HASBI PILIH KASIH.
KAHS…………SYAZWAN UITM.
TINA…………MAY ANAK WAYANG.
BLACK………SYAFIQ UITM.
YUSNA…………AMMAR UITM.
ZIHANA…………HAFZI.
SYA………… HAMZI.
JOM TENGOK SIAPA MEREKA ...
SOFIAN BUJANG(pelakon teater)watak : Alif
Amera (pelakon wanita terbaik kebangsaan 2008)watak : Kak.Zara
Fazlina (pelakon)Watak : Kak.N
Nizam Yamin (graduan ASWARA)Watak : Tokey Tan Wong
Ridwan watak : Lokman
Reza Hasbi (Naib Juara Pilih Kasih1)watak : Norman
Iswazer (pelakon lelaki terbaik Wilayah 2009)watak : Abang Zack
aman sharoni (peserta pilih kasih1)watak : Danial Wong
abg radwan (pemenang pelakon lelaki terbaik BOH Cameronian Arts Awards)Watak : LOLITA
Mai (peserta Anak Wayang)watak : Tina
Hafzie (graduan ASWARA) Watak : Zihana.
NANTIKAN KAMI DI STOR DBP PADA 9HB JUN HINGGA 13HB JUN 2010.

Wednesday, May 5, 2010
J@LaN.g BeL@kanG Buk!T BiNt@Ng
BUAH TANGGAN DARI :
J@LaN.g BeL@kanG Buk!T BiNt@Ng
Penulis skrip : Eddy Rusdi
Pengarah teater : Eddy Rusdi
SEJARAH
Naskah ni tercipta masa saya tahun tiga semasa menuntut di Universiti Malaya. Masa tu saya teringat satu kisah masa saya menuntut di Akademi Seni Kebangsaan. Ada seorang rakan menceritakan kisah hidupnya semasa datang di Kuala Lumpur. Tetapi waktu itu saya mahu bawa naskah ini untuk final projek Universiti Malaya saya. Tetapi atas nasihat beberapa pihak yang mengatakan tidak berapa elok jika saya melakonkan skrip tulisan saya sendiri kerana nanti akan mejadi diri saya. Maka saya tidak memilih skrip ini untuk final projek lakonan saya. Bukalah kerana nasihat itu juga tetapi kerana saya mengajak diri saya untuk lebih berani dan mencabar diri membawa naskah monodrama sebagai penilaian lakonan ijazah. Masakan nak buat final projek dengan watak kecik yang hanya dialog sehelai muka surat je. Kalau dapat A+ pun saya tidak akan puas dan bangga pun. Tetapi bila bawa sesuatu yg mencabar saya merasa puas walaupun gagal mendapat A+++ tetapi ramai mengatakan tahap lakonan saya meningkat. Itu target saya, sebagai seorang pengarah harus pandai berlakon suapaya senang membentuk pelakon... dengan kejayaan Tanah Bernanah pada tahun 2004 untuk Final Projek ASK saya teruja untuk mementaskan naskah realisme. Percubaab saya memasuki pertandingan Karnival Teater Universiti Malaya dengan membawa naskah realisme Tanah Bernanah juga berjaya mengondol JOHAN dan berjaya membawa diri ke MAKUM mewakili UM.
KEBERANIAN DEMI KEBERANIAN
Siapa berani mementaskan sebuah naskah baru yang tidak ada tajaan utama.... tanpa sebarang penaja kami bergerak... tp hanya yang ada keberanian... alhamdulilah… rezeki kami murah… tenaga kerja ER ARTS PRODUCTION semakin ramai dan ramai yang bersemangat…. Terima kasih kepada pelajar UITM yang buat praktikal dengan saya. Mula-mula saya tak nak terima budak praktikal kerana saya lebih suka bekerja dengan orang yang begelar PEKERJA. Tetapi sudah tiba masa untuk saya membantu pelajar dan berkongsi apa yang ada. Saya juga penah bergelar pelajar dan saya juga pernah marah kepada mereka yang membuat praktikal di syarikat besar tetapi kerjanya disitu hanya FOTOSTAD dan duduk main game dan poker di computer je… jadi sekarang saya nak bombing pelajar ini bergerak menjadi pengurus yang cemerlang dan belajar menjadi profesnal. Saya mengambil 5 orang pada mulanya. Tetapi ada 3 orang lagi datang nak buat latihan amali dengan saya. Tambah 1 lagi kemudiannya. Bila dikira ada 9 orang kesemuanya. Saya ni tak kisah kalau ramai pun tetapi wajib buat kerja. Tp saya tak nak lebih dr 10 orang… sya nak kualiti bukan kuantiti…. Tp, nasiblah saya sedang on projek teater “JalanG Belakang Bukit Bintang” ni.. boleh la mereka mencari sponcer, membuat PC, menguruskan produksi, menguruskan pameran dan lain2… banyak yang perlu saya ajar tetapi saya puas kerana saya suka mengajar… .
ISU DAN KEPANASAN :
Kenapa Jalan.G Belakang Bukit Bintang? 10 sebab…………
- kerana bukit bintang adalah tempat paling banyak isu yang menarik untuk di tontonkan.
- Kerana banyak orang bahagia dan kaya disana
- Kerana banyak orang yang kecewa dan miskin disana
- Kerana disitu byk kemanisan
- Kerana disitu banyak kepahitan
- Kerana kau tak tahu apa yang aku tahu…. Tahu tak kenapa orang kampong nak sangat pergi bukit bintang…
- Kerana aku ada disitu… kau nak tahu kenapa aku ada di bukit bintang..
- Kerana anda mungkin tak tahu apa ada di belakang bukit bintang itu..
- Kerana anda mungkin nak tahu apa ada disebalik belakang Club malam itu..
- Kerana disitulah bermula sebuah kejahatan jika silap pilih jalan tapi disitulah bermula kejayaan jika pandai pilih jalan… maka pilih JALAN.G BELAKANG BUKIT BINTANG sebagai hiburan minggu anda…. ….
NAK TAHU SIKIT? Synopsis la….
Kisah Alif yang tertipu dengan janji kosong kawan2... sampai bukit bintang…. Dia jumpa dgn 10001 masalah… bukan masalah dia shj malah masalah orang lain juga…. Kat bukit bintang tu la dia jmpa watak lain seperti orang baik, orang jahat, orang yg baik macam jahat, orang baik tapi jahat dan orang yang tah tahu dia jahat ke baik…. Isu yang di angkat adalah kasih syg dan cinta … bkn cinta jiwang tp cinta kepada ilahi dan kekeluargaan…. Moralnya yang byk… isu dadah, pelacuran, masalah remaja, isu terkini yang ramai orang tak perasan tp sebenarnya merbahaya jika kita abaikan dr pantauwan keluarga dan Negara…. Tp dalam karya ni saya byk mendidik penonton dgn beberapa nasihat seperti kemana untuk penagih dadah memulihkan diri, wanita terinaya membawa diri dan sebagainya… tapi jangan risau saya tidak terlalu membawa konsep realisme yang ringan.. saya masih mengekalkan konsep realisme yg byk kejutan… nantikan ya…. ….
WATAK YANG MESTI ANDA REBUT dan ANDA LIHAT….
PENDUKUNG UTAMA
ALIF :…………..?
KAK.ZARA………?
KAK.N……….?
PEMBANTU
LOLITA………?
LOKMAN………..?
DANIAL………?
ABANG.Z…………?
TOKEH TAN WONG……….?
LIZA…………?
FYDA………..?
NORMAN………..?
KAHS…………..?
TINA………….?
BLACK…………?
YUSNA………….?
ZIHANA………….?
SYA……………..?
MAKA JANGAN TUNGGU LAGI dapatkan PAS MASUK segera sblm kehabisan
PAS MASUK BERUPA SUMBANGAN :
RM15 – DEWASA
RM12- STUDENT
WAJIB TONTON
Show bermula pada 9hb JUN 2010
Hari kedua 10hb JUN 2010
Hari ketiga 11hb JUN 2010
Hari keempat 12hb JUN 2010
Hari kelima 13hb JUN 2010
MASA : 8.30-MALAM mula... SHOW dalam 1jam30minit.
Tempat : STOR DBP… dewan bahasa dan pustaka….
KEPADA YANG BERMINAT DAN BERBAKAT... :
TERIMA KASIH KEPADA YANG HADIR DI CASTING YG LEPAS...
kepada adik2 reality tv pilih kasih dan anak wayang dan juga pelakon drama tv serta pelakon teater yg sgt berbakat.... tq kerana hadir dan semoga kita akn dpt bekerjasama utk produksi ini. tq :)

Subscribe to:
Posts (Atom)