BUAH TANGGAN DARI :
J@LaN.g BeL@kanG Buk!T BiNt@Ng
Penulis skrip : Eddy Rusdi
Pengarah teater : Eddy Rusdi
SEJARAH
Naskah ni tercipta masa saya tahun tiga semasa menuntut di Universiti Malaya. Masa tu saya teringat satu kisah masa saya menuntut di Akademi Seni Kebangsaan. Ada seorang rakan menceritakan kisah hidupnya semasa datang di Kuala Lumpur. Tetapi waktu itu saya mahu bawa naskah ini untuk final projek Universiti Malaya saya. Tetapi atas nasihat beberapa pihak yang mengatakan tidak berapa elok jika saya melakonkan skrip tulisan saya sendiri kerana nanti akan mejadi diri saya. Maka saya tidak memilih skrip ini untuk final projek lakonan saya. Bukalah kerana nasihat itu juga tetapi kerana saya mengajak diri saya untuk lebih berani dan mencabar diri membawa naskah monodrama sebagai penilaian lakonan ijazah. Masakan nak buat final projek dengan watak kecik yang hanya dialog sehelai muka surat je. Kalau dapat A+ pun saya tidak akan puas dan bangga pun. Tetapi bila bawa sesuatu yg mencabar saya merasa puas walaupun gagal mendapat A+++ tetapi ramai mengatakan tahap lakonan saya meningkat. Itu target saya, sebagai seorang pengarah harus pandai berlakon suapaya senang membentuk pelakon... dengan kejayaan Tanah Bernanah pada tahun 2004 untuk Final Projek ASK saya teruja untuk mementaskan naskah realisme. Percubaab saya memasuki pertandingan Karnival Teater Universiti Malaya dengan membawa naskah realisme Tanah Bernanah juga berjaya mengondol JOHAN dan berjaya membawa diri ke MAKUM mewakili UM.
KEBERANIAN DEMI KEBERANIAN
Siapa berani mementaskan sebuah naskah baru yang tidak ada tajaan utama.... tanpa sebarang penaja kami bergerak... tp hanya yang ada keberanian... alhamdulilah… rezeki kami murah… tenaga kerja ER ARTS PRODUCTION semakin ramai dan ramai yang bersemangat…. Terima kasih kepada pelajar UITM yang buat praktikal dengan saya. Mula-mula saya tak nak terima budak praktikal kerana saya lebih suka bekerja dengan orang yang begelar PEKERJA. Tetapi sudah tiba masa untuk saya membantu pelajar dan berkongsi apa yang ada. Saya juga penah bergelar pelajar dan saya juga pernah marah kepada mereka yang membuat praktikal di syarikat besar tetapi kerjanya disitu hanya FOTOSTAD dan duduk main game dan poker di computer je… jadi sekarang saya nak bombing pelajar ini bergerak menjadi pengurus yang cemerlang dan belajar menjadi profesnal. Saya mengambil 5 orang pada mulanya. Tetapi ada 3 orang lagi datang nak buat latihan amali dengan saya. Tambah 1 lagi kemudiannya. Bila dikira ada 9 orang kesemuanya. Saya ni tak kisah kalau ramai pun tetapi wajib buat kerja. Tp saya tak nak lebih dr 10 orang… sya nak kualiti bukan kuantiti…. Tp, nasiblah saya sedang on projek teater “JalanG Belakang Bukit Bintang” ni.. boleh la mereka mencari sponcer, membuat PC, menguruskan produksi, menguruskan pameran dan lain2… banyak yang perlu saya ajar tetapi saya puas kerana saya suka mengajar… .
ISU DAN KEPANASAN :
Kenapa Jalan.G Belakang Bukit Bintang? 10 sebab…………
- kerana bukit bintang adalah tempat paling banyak isu yang menarik untuk di tontonkan.
- Kerana banyak orang bahagia dan kaya disana
- Kerana banyak orang yang kecewa dan miskin disana
- Kerana disitu byk kemanisan
- Kerana disitu banyak kepahitan
- Kerana kau tak tahu apa yang aku tahu…. Tahu tak kenapa orang kampong nak sangat pergi bukit bintang…
- Kerana aku ada disitu… kau nak tahu kenapa aku ada di bukit bintang..
- Kerana anda mungkin tak tahu apa ada di belakang bukit bintang itu..
- Kerana anda mungkin nak tahu apa ada disebalik belakang Club malam itu..
- Kerana disitulah bermula sebuah kejahatan jika silap pilih jalan tapi disitulah bermula kejayaan jika pandai pilih jalan… maka pilih JALAN.G BELAKANG BUKIT BINTANG sebagai hiburan minggu anda…. ….
NAK TAHU SIKIT? Synopsis la….
Kisah Alif yang tertipu dengan janji kosong kawan2... sampai bukit bintang…. Dia jumpa dgn 10001 masalah… bukan masalah dia shj malah masalah orang lain juga…. Kat bukit bintang tu la dia jmpa watak lain seperti orang baik, orang jahat, orang yg baik macam jahat, orang baik tapi jahat dan orang yang tah tahu dia jahat ke baik…. Isu yang di angkat adalah kasih syg dan cinta … bkn cinta jiwang tp cinta kepada ilahi dan kekeluargaan…. Moralnya yang byk… isu dadah, pelacuran, masalah remaja, isu terkini yang ramai orang tak perasan tp sebenarnya merbahaya jika kita abaikan dr pantauwan keluarga dan Negara…. Tp dalam karya ni saya byk mendidik penonton dgn beberapa nasihat seperti kemana untuk penagih dadah memulihkan diri, wanita terinaya membawa diri dan sebagainya… tapi jangan risau saya tidak terlalu membawa konsep realisme yang ringan.. saya masih mengekalkan konsep realisme yg byk kejutan… nantikan ya…. ….
WATAK YANG MESTI ANDA REBUT dan ANDA LIHAT….
PENDUKUNG UTAMA
ALIF :…………..?
KAK.ZARA………?
KAK.N……….?
PEMBANTU
LOLITA………?
LOKMAN………..?
DANIAL………?
ABANG.Z…………?
TOKEH TAN WONG……….?
LIZA…………?
FYDA………..?
NORMAN………..?
KAHS…………..?
TINA………….?
BLACK…………?
YUSNA………….?
ZIHANA………….?
SYA……………..?
MAKA JANGAN TUNGGU LAGI dapatkan PAS MASUK segera sblm kehabisan
PAS MASUK BERUPA SUMBANGAN :
RM15 – DEWASA
RM12- STUDENT
WAJIB TONTON
Show bermula pada 9hb JUN 2010
Hari kedua 10hb JUN 2010
Hari ketiga 11hb JUN 2010
Hari keempat 12hb JUN 2010
Hari kelima 13hb JUN 2010
MASA : 8.30-MALAM mula... SHOW dalam 1jam30minit.
Tempat : STOR DBP… dewan bahasa dan pustaka….
KEPADA YANG BERMINAT DAN BERBAKAT... :
TERIMA KASIH KEPADA YANG HADIR DI CASTING YG LEPAS...
kepada adik2 reality tv pilih kasih dan anak wayang dan juga pelakon drama tv serta pelakon teater yg sgt berbakat.... tq kerana hadir dan semoga kita akn dpt bekerjasama utk produksi ini. tq :)
Wednesday, May 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment