Tuesday, July 5, 2011

..itu merah



ER Arts production sekali lagi melahirkan satu lagi buah tanggan untuk peminat seni tanah air.. setelah kejayaan (bagi kami dan penaja) Jalan-g belakang bukit bintang pada july 2010. july ini sekali lagi ER Arts production membawakan sebuah teater yg mengisahkan tentang MERAH... itu merah... membawa anda ke zaman kanak-kanak, remaja dan kenangan silam yang mgkin anda pernah lalui... karya ini adalah dr sejarah hidup kita.. sya dan kamu...

Tajuk : ..itu merah
Karya : Eddy Rusdi
Arahan : Eddy Rusdi
Lakonan : Ello Anuar, Rizz Jay, Ash Safar, Akmal Azam, Shamien Azlan..
Sinografer : Nurul Hazirin
Penasihat : En. Raizuli
Kerjasama : Taman Budaya Kuala Lumpur


Kisah 3 sahabat... HAFIZ (api), AMER AREHAN (merah), ROSLI (lie)... mereka melalui kehidupan bersama dari kecil hingga remaja. tetapi setelah dewasa mereka terpisah. namun perpisahan itu ada pertemuan, namun pertemuan itu membawa 1001 persoalan, kesulitan dan tragedi.... bagaimana ianya berlaku? kenapa ianya berlaku dan apa kesudahan apa yang berlaku itu.. anda kena dtg sendiri di taman budaya KL 10/11july 2011, 8.30malam... ya....


Saya membariskan pelakon yang sudah kenal apa itu pentas teater namun begitu mereka bukan budak TEATER yang makan,minum,tidur pun teater... saya mempertaruhkan NYAWA bila berani mengambil bakal Lawyer, bakal Architects dan bakal jurutera... serta seorang sinografer, berlakon juga... kenapa sya berani mati ni.. kerana sya nampak bakat mereka sejak pertama kali sya melihat mereka berlakon.. sewaktu pertandingan teater suatu ketika dulu... dalam hati sya... "ruguinya klu tak ada org yg betul2 mengasah bakat mereka ni.. mereka berbakat.. mgkin mereka tak jmpa teknik yg betul lagi.." jadi sya cabar diri dan ambil mereka, mengajar dan mengarah mereka...

namun begitu ada juga graduan seni lakon dan pengiat teater yang biasa berlakon dan pernah menjuarai fes.teater KL sblm ini sya ambil berlakon dalam ..itu merah, beliau tungak utama yang akan membawa anda menjelajah hidup... apa yang saya lihat pelakon saya BIJAK.. mereka bijak mengambil kekuatan orang lain.. saya lihat semua ada kelebihan tersendiri.. mereka thu membawa watak masing2 dan bijak mengaplikasi apa yang saya arahkan.. good job..

seperti biasalah siapa yang pernah berlakon bawah arahan sya tentu thu kehendak cerewet sya ni.. sya nampak pelakon saya kali ni tahu mencuri aura rakan lakonnya.. mereka mengambil kekuatan dr apa yang rakan lakon mereka berikan. tetapi menggunakan teknik lakon realisme, konsep experiment dan tema yang berat bukan senang untuk mengadaptasi ke pentas lakon klu tanpa pelakon berpengalaman... namun bagi saya apa yang di beri oleh pelakon saya sekarang boleh di banggakan... kadang2 sya tgk mereka lebih baik dr mereka yang mengambil pendidikan seni lakon...(sesetengah yang malas berusaha) ermmm yg penting usaha..

untuk comment yang lebih pedas dan panas.. sya akan tulis selepas tamat show nanti.. apa pun jgn lupe dtg tgk ...itu merah... 10/11july nanti 8.30malam ditaman budaya.. sya tak berani janji bulan dan bintang tp sya iklas memberi yang terbaik...

Tuesday, March 22, 2011

kem jati diri dalam teater bersama pelajar Sek Men Teknik Kuala Lumpur.

pada 4hb 3 2011 yang lepas eddy dah er arts team telah di jemput untuk buat bengkel jati diti kepada pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. group yang eddy ajar ni adalah group dr kumpulan bola jariang. cikgu Doren yg juga jiran masa kat Felda Endau dulu yg call dan mintak buat utk dia org ni. cikgu Doren ni jurulahih mereka. boleh dikatakan cikgu Doren ni mmg rapat la dengan Eddy sejak kecik lagi. dia juga adalah seorang kakak yg byk memberi nasihat kepada semua yg dikenalinya. jadi tak salah eddy tlg dia.

setelah dua jam buat aktiviti dengan bebudak ni. eddy tgk mereka suka dgn seni persembahan. tp mereka tak fhm kenapa dan mengapa perkara ini di buat. kenapa memilih seni persembahan dan mengapa untuk mereka... persoalan ini eddy sedar sewaktu satu jam mengajar jadi ada satu jam untuk memberitahu mereka apa itu seni persembahan dlm bentuk aktiviti bkn BEBELAN yg membosankan...

jadi eddy buat game yg membentuk team work dan kerjasama. nampak mereka ni suka bekerjasama dlm tidak disedari. tp bila dimintak bekerjasama mereka agak kekok maka kesimpilannya mereka boleh bekerjasama kalau mereka angap antara satu sama lain itu adalah famly. serasi dan tidak ada jurang. maka eddy buat la sedikit skedsa dan persembahan lakonan spontan dr mereka. jelas mereka tidak ada famlysme itu. tp bila habis persembahan eddy beri sedikit teguran membina dan diharapkan mereka dpt apa yg disampaikan. semoga team bola jariang sek teknik kuala lumpur berjaya dlm pertandingan dan merangkul piala johan yg sering sekolah itu miliki. ameen...

dibawah ni sedikit gambar aktiviti jati diri dlm teater bersama mereka :








P/s : kepada semua guru2 Malaysia. jgn sangka pelajar yg lemah itu akan lemah selamanya dan jgn pandang enteng pada pelajar yg tidak cemerlang. kerana mereka punya jati diri yg kuat dan mereka bisa menggegar dunia. percaya atau tidak pelajar yg lemah sewaktu sekolah menengah dan bangkit sewaktu tingkatan 6 dan diploma bisa menjadi pelajar terbaik sewaktu ijazah,master dah HPD. itu pengalaman orang yg sya dengar.....

Sunday, February 27, 2011

DUA KALI JUARA KARNIVAL TEATER UM (MASIH BYK PERLU BELAJAR)

ALHAMDULILAH~ berbaloi berada di UM.

1. JUARA KARNIVAL TEATER UM 2010.
2. JUARA KARNIVAL TEATER UM 2011. MENDAPAT PENGARAH TERBAIK.






PERTAMA KALI MENJUARAI KARNIVAL TEATER UNIVERSITI MALAYA PADA TAHUN 2010 DAN KALI KEDUA BERTURUT -TURUT MENJUARAINYA PADA TAHUN 2011. SATU KEJAYAAN BESAR UNTUK KOLEJ. TETAPI SECARA PERIBADI BANYAK KELEMAHAN YG HARUS DIPERBAIKI UNTUK PRODUKSI YANG MAHU BERJAYA SECARA TOTAL. TERIMA KASIH SEMUA.

akhirnya PEMADAM SELANGOR memberi kepercayaan dan realisasilah JALANG BELAKANG BUKIT BINTANG






SEKITAR SHOW DAN PERASMIAN JALANG BELAKANG BUKIT BINTANG.