Tuesday, July 5, 2011

..itu merah



ER Arts production sekali lagi melahirkan satu lagi buah tanggan untuk peminat seni tanah air.. setelah kejayaan (bagi kami dan penaja) Jalan-g belakang bukit bintang pada july 2010. july ini sekali lagi ER Arts production membawakan sebuah teater yg mengisahkan tentang MERAH... itu merah... membawa anda ke zaman kanak-kanak, remaja dan kenangan silam yang mgkin anda pernah lalui... karya ini adalah dr sejarah hidup kita.. sya dan kamu...

Tajuk : ..itu merah
Karya : Eddy Rusdi
Arahan : Eddy Rusdi
Lakonan : Ello Anuar, Rizz Jay, Ash Safar, Akmal Azam, Shamien Azlan..
Sinografer : Nurul Hazirin
Penasihat : En. Raizuli
Kerjasama : Taman Budaya Kuala Lumpur


Kisah 3 sahabat... HAFIZ (api), AMER AREHAN (merah), ROSLI (lie)... mereka melalui kehidupan bersama dari kecil hingga remaja. tetapi setelah dewasa mereka terpisah. namun perpisahan itu ada pertemuan, namun pertemuan itu membawa 1001 persoalan, kesulitan dan tragedi.... bagaimana ianya berlaku? kenapa ianya berlaku dan apa kesudahan apa yang berlaku itu.. anda kena dtg sendiri di taman budaya KL 10/11july 2011, 8.30malam... ya....


Saya membariskan pelakon yang sudah kenal apa itu pentas teater namun begitu mereka bukan budak TEATER yang makan,minum,tidur pun teater... saya mempertaruhkan NYAWA bila berani mengambil bakal Lawyer, bakal Architects dan bakal jurutera... serta seorang sinografer, berlakon juga... kenapa sya berani mati ni.. kerana sya nampak bakat mereka sejak pertama kali sya melihat mereka berlakon.. sewaktu pertandingan teater suatu ketika dulu... dalam hati sya... "ruguinya klu tak ada org yg betul2 mengasah bakat mereka ni.. mereka berbakat.. mgkin mereka tak jmpa teknik yg betul lagi.." jadi sya cabar diri dan ambil mereka, mengajar dan mengarah mereka...

namun begitu ada juga graduan seni lakon dan pengiat teater yang biasa berlakon dan pernah menjuarai fes.teater KL sblm ini sya ambil berlakon dalam ..itu merah, beliau tungak utama yang akan membawa anda menjelajah hidup... apa yang saya lihat pelakon saya BIJAK.. mereka bijak mengambil kekuatan orang lain.. saya lihat semua ada kelebihan tersendiri.. mereka thu membawa watak masing2 dan bijak mengaplikasi apa yang saya arahkan.. good job..

seperti biasalah siapa yang pernah berlakon bawah arahan sya tentu thu kehendak cerewet sya ni.. sya nampak pelakon saya kali ni tahu mencuri aura rakan lakonnya.. mereka mengambil kekuatan dr apa yang rakan lakon mereka berikan. tetapi menggunakan teknik lakon realisme, konsep experiment dan tema yang berat bukan senang untuk mengadaptasi ke pentas lakon klu tanpa pelakon berpengalaman... namun bagi saya apa yang di beri oleh pelakon saya sekarang boleh di banggakan... kadang2 sya tgk mereka lebih baik dr mereka yang mengambil pendidikan seni lakon...(sesetengah yang malas berusaha) ermmm yg penting usaha..

untuk comment yang lebih pedas dan panas.. sya akan tulis selepas tamat show nanti.. apa pun jgn lupe dtg tgk ...itu merah... 10/11july nanti 8.30malam ditaman budaya.. sya tak berani janji bulan dan bintang tp sya iklas memberi yang terbaik...

No comments:

Post a Comment